PIAGAM PELANGGAN ZAKAT MAINPP
Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan seperti berikut:
- Memberi layanan mesra kepada semua pihak yang berurusan di semua platform perkhidmatan zakat.
- Mengagihkan zakat secara adil dan telus selaras dengan ketetapan syarak.
- Memberi maklumat yang jelas dan lengkap berkaitan zakat.
- Menyediakan pelbagai saluran kemudahan pembayaran zakat.
- Memproses penerimaan pembayaran zakat di kaunter tidak melebihi 5 minit.
- Memastikan penyata bayaran zakat bulanan bagi Skim Sakinah disediakan dengan lengkap dan dimuat naik ke dalam portal ZakatPenang2u selewat-lewatnya pada atau sebelum 31 Mac setiap tahun.
- Memproses semua permohonan bantuan yang lengkap untuk mendapatkan keputusan dalam tempoh 30 hari.
- Memberikan maklum balas terhadap setiap aduan perkhidmatan dalam tempoh 3 hari bekerja.

