
YBhg. Prof. Dr. Irfan Syauqi Beik
Profesor Ekonomi Kewangan Sosial Islam dan Dekan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, IPB University, Indonesia
Prof. Dr. Irfan Syauqi Beik ialah pakar ekonomi syariah dan zakat dari Indonesia yang kini menerajui Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEM), IPB University sebagai Dekan. Beliau pencipta CIBEST Model, kaedah mengukur kemiskinan dan kesejahteraan yang merangkumi dimensi material dan spiritual. Model ini digunakan oleh Badan Amil Zakat Nasional (BAZNAS) Indonesia sejak penghujung 2016 dan menjadi sebahagian daripada Indeks Zakat Nasional. Beliau pernah mengetuai Center for Islamic Business and Economic Studies (CIBEST) IPB serta mengetuai pasukan yang membuka Program Studi Ilmu Ekonomi Syariah di FEM IPB. Beliau juga pemula ruangan Iqtishodia dalam Harian Republika sejak 2010, penerima Bank Indonesia Award 2021 bagi kategori Tokoh Aktivis Ekonomi Sosial Syariah Terbaik, dan dinobatkan sebagai Principal/Dean of the Year 2025.



