ARKIB BERITA
Arkib berita aktiviti Zakat MAINPP bagi tahun 2023.
15 NOVEMBER 2023 – ZIARAH ASNAF DI TELUK KUMBAR
Sambung ziarah 2 orang lagi asnaf penerima Skim Perubatan Zakat Pulau Pinang bersama pihak MPKK dan Jawatankuasa Kariah Masjid Makbul, Teluk Kumbar hari ini. Wang zakat kita disalurkan buat meringankan kesulitan mereka insya-Allah. Sumbangan zakat disampaikan oleh YB Dato’ Azrul Mahathir Aziz, ADUN Bayan Lepas merangkap Timbalan Speaker DUN Pulau
15 NOVEMBER 2023 – ZIARAH ASNAF DI BATU UBAN
Ziarah 2 orang asnaf penerima Skim Kewangan Bulanan, Skim Farmasi Panel dan Skim Dialisis Zakat Pulau Pinang bersama wakil Pejabat ADUN Batu Uban dan Jawatankuasa Kariah Masjid Batu Uban pagi ini. Wang zakat kita disalurkan buat meringankan kesulitan mereka insya-Allah. Sumbangan zakat disampaikan oleh Dato’ Dastagir V.K. Mohd Yassin, Ahli
13 NOVEMBER 2023 – MAJLIS MERAIKAN PENERIMA DARJAH KEBESARAN NEGERI PULAU PINANG
Majlis meraikan penerima Darjah Kebesaran Negeri Pulau Pinang yang berlangsung pada hari Jumaat baru ini di Cititel Penang. Kehadiran Dato’ Haji Amran Bin Hazali, CEO Zakat Pulau Pinang disambut mesra oleh kepimpinan PPMS dan diberi penghormatan untuk berucap sekaligus merasmikan majlis ini. Antara tujuan majlis ini adalah untuk meraikan beberapa
10 NOVEMBER 2023 – PERBINCANGAN BERSAMA EDGENTA MEDISERVE SDN. BHD.
Baru-baru ini telah berlangsung perjumpaan dan perbincangan bersama Tuan Haji Abdul Haris bin Ismail, Pengurus Wilayah Utara Edgenta Mediserve Sdn. Bhd. . Semoga pertemuan ini beroleh manfaat dan membuka ruang saluran pembayaran zakat oleh pihak syarikat kepada pihak Zakat Pulau Pinang.
8 NOVEMBER 2023 – HARI KEDUA KONVOI KEMBARA ZAKAT 2023
Foto-foto sekitar hari kedua 8/11/2023 sewaktu perlepasan peserta Konvoi Kembara Zakat Negeri Kedah 2023 (KKZ2023).
7 NOVEMBER 2023 – HARI PERTAMA KONVOI KEMBARA ZAKAT 2023
Foto-foto sekitar hari pertama Konvoi Kembara Zakat Kebangsaan di Negeri Kedah 2023 (KKZ2023) pada 7/11/2023 KKZ2023 dianjurkan oleh Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dengan tuan rumah kali ini diadakan di Negeri Kedah bermula dari 7 hingga 9 November 2023. Lokasi penganjuran adalah disekitar Sik dan Baling. Para peserta dibawa
7 NOVEMBER 2023 – PROGRAM JELAJAH BICARA BISNES BERKAT
Peserta-peserta Usahawan Zakat Pulau Pinang berhimpun beramai-ramai bagi menimba ilmu dan tips perniagaan dalam Program Jelajah Bicara Bisnes Berkat bersama Tn. Haji Ali Hassan Mohd Hassan, Pengasas & Pengerusi Al-Ikhsan Sports Sdn. Bhd anjuran Zakat Pulau Pinang, MAINPP. Moga bermanfaat dunia akhirat buat semua. Ameen
4 NOVEMBER 2023 – PEMBAYARAN ZAKAT PERNIAGAAN DARIPADA KOPERASI GABUNGAN NEGERI PULAU PINANG BHD
En. Mahroos , Ketua Bahagian Dakwah Korporat ZPP menerima pembayaran zakat perniagaan daripada Tn Hj Ramli Ahmad Setiausaha Koperasi Gabungan Negeri Pulau Pinang Bhd Semoga Allah SWT melimpahkan keberkatan serta membuka pintu rezeki seluas lautan buat semua ahli persatuan.
3 NOVEMBER 2023 – PEMBAYARAN ZAKAT PERNIAGAAN DARIPADA PPK LAHAR BUBU
TKPE Operasi Zakat Pulau Pinang, Ustaz Mohammad Kairi Ghazalli menerima bayaran Zakat Perniagaan daripada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Lahar Bubu yang disampaikan oleh Pengerusi PPK Dato’ Haji Md Zabidi Bin Ariffin dan disaksikan oleh YB Dato’ Seri Reezal Merican Naina Merican. Jazakallah khair jemaah PPK, semoga Allah Taala terima ibadah

