
Daftarkan penyertaan anda ke Konvensyen Ekonomi Umat Islam Pulau Pinang 2026 dan bersama-sama meneroka idea, pendekatan serta kerjasama strategik ke arah transformasi asnaf.
Daftar Sekarang →Jangan lepaskan peluang untuk menyertai KEUIPP’26.
Poster rasmi pengisian Konvensyen Ekonomi Umat Islam Pulau Pinang 2026.
Memperkukuh kefahaman, keyakinan dan kolaborasi ke arah transformasi asnaf yang lebih mampan.
Zakat merupakan instrumen ibadah dan pembangunan sosial yang berperanan melindungi golongan rentan, menstabilkan keluarga serta memperkasa sosioekonomi asnaf.
Sehubungan itu, Konvensyen Ekonomi Umat Islam Pulau Pinang 2026. dianjurkan sebagai platform untuk meningkatkan pemahaman masyarakat mengenai lapan golongan asnaf, menjelaskan kaedah dan impak agihan zakat serta memperlihatkan perjalanan bantuan daripada perlindungan kepada kemandirian.
Melalui perkongsian ilmu, forum, deklarasi dan Galeri Impak Agihan, konvensyen ini diharapkan dapat meningkatkan keyakinan pembayar zakat, mengukuhkan kerjasama strategik dan menyokong aspirasi APAI2030 serta Penang2030 ke arah pembangunan ummah yang inklusif, berdaya tahan dan sejahtera.
Memberi gambaran nyata tentang bagaimana dana zakat disalurkan melalui perkhidmatan, program dan pembangunan asnaf.
Memperjelas fakir, miskin, amil, muallaf, riqab, gharimin, fisabilillah dan ibnu sabil berdasarkan kerangka syarak serta realiti semasa.
Mengukuhkan kepercayaan melalui penjelasan proses, tadbir urus, bukti impak dan ruang interaksi terus dengan institusi zakat.
Menghubungkan pusat zakat negeri-negeri, majlis agama Islam, ahli akademik dan pelaksana lapangan untuk bertukar pengalaman.
Menonjolkan haluan bantuan produktif, pendidikan, kesihatan dan keusahawanan yang membantu asnaf bergerak ke arah berdikari.
Menggerakkan penyertaan institusi agama, pendidik, kariah, belia dan komuniti dalam agenda pembangunan ummah yang lebih bersepadu.
KEUIPP’26 diperkukuh melalui kerjasama institusi, agensi dan organisasi dalam menjayakan agenda transformasi asnaf melalui zakat.
Selasa, 17 November 2026 · 8.00 pagi hingga 4.45 petang
Pendaftaran Peserta
Ketibaan Jemputan dan Minum Pagi
Nyanyian Lagu Negaraku dan Untuk Negeri Kita
Bacaan Doa
YBrs. Tuan Mohamad Kairi Ghazalli
Ketua Pegawai Eksekutif, Zakat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang
YB Dato’ Dr. Mohamad Abdul Hamid
Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang merangkap Yang Dipertua MAINPP
Peranan Zakat sebagai Instrumen Transformasi Sosioekonomi Ummah
YBhg. Prof. Dr. Irfan Syauqi Beik
Profesor Ekonomi Kewangan Sosial Islam dan Dekan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti IPB, Indonesia
Rehat / Solat / Makan Tengah Hari
Lawatan Pameran dan Jaringan Strategik
Memahami 8 Asnaf: Daripada Bantuan kepada Transformasi
YBrs. Ustaz Hisyam bin Mohd Radzi
Koordinator Prasiswazah, Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Cawangan Pulau Pinang
YB Senator Dato’ Seri Prof. Dr. Noor Inayah Ya’akub
Ahli Dewan Negara
YBhg. Sahibus Samahah Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Sukki Othman
Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang
YBhg. Dato’ Syeikh Zakaria bin Othman
Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Zakat Negeri Kedah
YBrs. Tuan Hazzrie Abu Bakar
Pengurus Besar Jabatan Khidmat Pengurusan, Zakat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang
Lokasi pelaksanaan
Konvensyen Ekonomi Umat Islam
Pulau Pinang 2026
17 November 2026 · Selasa
8.00 pagi – 5.00 petang
Antara kemudahan dan penginapan yang terletak berhampiran lokasi KEUIPP’26.
KEUIPP’26 menghimpunkan idea, pengalaman dan kerjasama untuk memperkukuh peranan zakat sebagai pemacu transformasi ummah.