Pengertian Berzakat
Pengertian Berzakat
Zakat dari sudut bahasa
Bersih, suci, subur, berkat dan berkembang.
Zakat dari sudut syarak
Mengeluarkan sebahagian daripada harta tertentu untuk diberikan kepada orang-orang yang berhak menerimanya apabila telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Jenis-jenis Zakat
Zakat Harta
- Zakat pendapatan
- Zakat simpanan
- Zakat emas/perak
- Zakat KWSP
- Zakat perniagaan
- Zakat tanaman/ternakan
- Zakat saham
- Qadha zakat
Zakat Fitrah
Zakat fitrah diwajibkan bersempena dengan bulan Ramadan dan juga Hari Raya Fitrah (Aidilfitri). Diwajibkan ke atas individu lelaki dan perempuan Muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.
Nabi S.A.W. bersabda menerusi riwayat Ibn Umar:
Maksudnya:
“Rasulullah S.A.W. telah mewajibkan zakat fitrah pada bulan Ramadan ke atas orang yang merdeka, hamba sahaya, lelaki, perempuan dan kaum Muslimin.”
Syarat Wajib Zakat Fitrah
- Islam.
- Merdeka.
- Mempunyai harta lebih daripada keperluan untuk diri sendiri dan tanggungannya pada hari raya dan malamnya.
Syarat-syarat Wajib Berzakat
Beragama Islam
Yang memiliki harta atau wang simpanan, emas atau perak, saham, ahli perniagaan, menternak binatang, bertani (padi) dan bekerja sama ada di jabatan kerajaan atau swasta yang memperoleh gaji bulanan.
Sempurna Milik
Pemilikan ke atas harta tersebut mestilah sempurna, yakni tidak ada hutang dan bebas untuk menggunakannya.
Merdeka
Orang Islam juga mestilah merdeka sepenuhnya.
Cukup Nisab
Harta itu mestilah cukup nisab, iaitu bersamaan 85 gram emas mengikut harga emas semasa.
Cukup Haul
Harta yang dimiliki itu juga mesti cukup tempoh satu tahun Hijrah, iaitu 354 hari.
Niat untuk Berniaga
Orang yang menjalankan perniagaan atau perkhidmatan mempunyai niat untuk berniaga, iaitu mendapatkan keuntungan bagi tujuan Zakat Perniagaan.
Hak Pembayar Zakat
- Menunaikan zakat pada masanya.
- Memberi maklumat yang tepat untuk taksiran zakat.
- Menunaikan zakat bagi pihak tanggungan atau amanah yang dipegang.
- Mengingatkan rakan taulan dan saudara-mara akan tanggungjawab menunaikan zakat.
- Menyalurkan maklumat pihak atau individu lain yang layak menerima zakat.

