Skim Awal Persekolahan Sesi 2027
Permohonan Skim Awal Persekolahan Sesi 2027 dibuka kepada keluarga yang layak bagi membantu persediaan persekolahan anak-anak di Pulau Pinang.
Makluman Permohonan
Permohonan ini adalah untuk pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah yang memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh Zakat MAINPP. Borang permohonan boleh didapati di kaunter Zakat MAINPP berhampiran.
Kelayakan Mengikut Sesi Persekolahan 2027
| Peringkat | Kelayakan | Tahun Lahir |
|---|---|---|
| Sekolah Rendah | Pelajar Tahun 1 hingga Tahun 6 sahaja | Lahir tahun 2020 – 2015 |
| Sekolah Menengah | Pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 sahaja | Lahir tahun 2014 – 2010 |
Nota 1
Prasekolah / Tadika tidak dipertimbangkan.
Nota 2
Pelajar Sekolah Khas sehingga berumur 17 tahun pada tahun 2027 layak dipertimbangkan.
Nota 3
Pelajar IPT tidak dipertimbangkan.
Bilangan Anak & Pendapatan Kasar Isi Rumah
Had pendapatan kasar isi rumah adalah berdasarkan bilangan anak yang masih bersekolah.
2 orang anak bersekolah
RM1,800.00
dan ke bawah
3 orang anak bersekolah
RM2,500.00
dan ke bawah
4 orang anak bersekolah
RM2,750.00
dan ke bawah
5 orang anak dan ke atas
RM3,000.00
dan ke bawah
Syarat & Kelayakan
- Warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap.
- Bermastautin di Pulau Pinang sekurang-kurangnya 1 tahun dan ke atas.
- Mempunyai sekurang-kurangnya 2 orang anak yang bersekolah kecuali penerima Skim Bulanan Zakat MAINPP.
Dokumen Diperlukan
Sila sediakan dokumen berikut semasa membuat permohonan:
- Salinan kad pengenalan pemohon.
- Salinan penyata akaun atau pengesahan akaun bank.
- Surat pengesahan belajar bagi setiap anak daripada pihak sekolah.
- Pelajar Tahun 1 sesi 2027 perlu melampirkan surat pendaftaran Darjah 1 daripada sistem IDME KPM.
- Slip gaji atau pengesahan pendapatan pemohon dan isteri.
- Salinan sijil cerai, sijil kematian atau surat akuan jika pemohon ibu tunggal.
- Surat pengesahan daripada JKM / PERKESO / Pencen jika berkenaan.
Dapatkan Borang Permohonan
Borang permohonan boleh didapati di kaunter Zakat MAINPP berhampiran.
Permohonan Bermula
08.07.2026
Rabu
Tarikh Tutup Permohonan
07.08.2026
Jumaat

