Video Pembikinan Rumah Inapan Kasih
OBJEKTIF BANTUAN
Menyediakan tempat tinggal yang selesa kepada Asnaf Fakir / Miskin sebagai salah satu penyelesaian masalah pemilikan rumah di kalangan asnaf di Pulau Pinang.
SYARAT UMUM
- Beragama Islam.
- Warganegara Malaysia dan permastautin tetap.
- Bermastautin di Pulau Pinang sekurang-kurangnya lima (5) tahun.
- Pendapatan isi rumah, tidak melebihi RM2,208.00
- Pendapatan keluarga tidak mencukupi Had Al-Kifayah.
- Had umur kelayakan ialah 40 tahun hingga 65 tahun. Namun begitu, pemohon atau mempunyai tanggungan OKU atau berpenyakit kritikal boleh dipertimbangkan.
- Pemohon masih belum memiliki rumah sendiri atau rumahnya yang sedia ada dalam keadaan terlalu daif.
SYARAT KHAS KELAYAKAN
- Permohonan hanya akan dipertimbangkan untuk tapak cadangan (tanah) yang berada di negeri Pulau Pinang sahaja.
- Sekiranya pendapatan yang melebihi RM2,208.00 boleh dipertimbangkan untuk kes-kes seperti berikut;
a) Pemohon yang mempunyai tanggungan yang ramai akan dikira melalui kiraan had kifayah
b) Pemohon/tanggungan mempunyai penyakit kritikal atau OKU - Permohon mestilah mempunyai tanah sendiri atau mendapat kebenaran bertulis (surat akaun sumpah) daripada pemilik tanah berkenaan yang diperakui oleh pesuruhjaya sumpah.
- Tanah yang dimiliki pemohon melalui kaedah pembelian, tanah tersebut perlu dimiliki melebihi tempoh 5 tahun dan bagi tanah Lesen Penempatan Sementara (LPS) selama 2 tahun atau pertimbangan mesyuarat Jawatankuasa Perumahan ASUZSB bagi kelulusan.
- Permohonan bagi tanah Lot Lidi tidak dipertimbangkan.
- Permohonan bagi rumah terbakar boleh dipertimbangkan adalah seperti berikut;
a) Tempoh permohonan adalah selepas 2 tahun selepas kebakaran.
b) Perlu dilampirkan laporan punca kebakaran oleh pihak bomba.
c) Syarat kelayakan pembinaan di tapak rumah terbakar atau selamat dibina.
d) Permohonan bagi rumah sewa tidak dipertimbangkan. - Sekiranya tanah tersebut mempunyai ramai penama, pemohon mestilah mendapatkan persetujuan bersumpah majoriti penama. (51% daripada luas keseluruhan tanah).
- Permohonan mestilah dikemukakan bersama dokumen-dokumen sokongan berikut;
a) Salinan dokumen hak milik tanah (geran tanah / daftar
sementara / borang 14A / surat kelulusan pejabat tanah)
b) Surat kebenaran bersumpah tuan tanah.
c) Salinan kad pengenalan tuan tanah.
d) Bagi pemohon yang bekerja, penyata terkini KWSP perlu disertakan. - Zakat MAINPP berhak menolak permohonan daripada pemohon yang mempunyai imej negatif di kalangan jiran-jiran dan penduduk setampat.
- Mempunyai tanggungan sekurang-kurangnya 3 orang;
a) Jika pemohon yang mempunyai tanggungan OKU atau berpenyakit kritikal, tanggungan 2 orang boleh dipertimbangkan. - Pemohon yang mempunyai kenderaan yang selesa atau masih membayar asuran kerata melebihi RM500.00 sebulan tidak layak dipertimbangkan.
- Sekiranya anak tinggal bersama yang mempunyai ansuran kereta melebihi RM500.00 sebulan tidak layak dipertimbangkan.
- Bagi tanah pusaka yang tiada kuasa tidak dipertimbangkan.
- Penyediaan tapak untuk pembinaan rumah perlulah sekurang-kurangnya berkeluasan 32’x47’
- Penerima bantuan tidak dibenarkan untuk membuat apa-apa perubahan, tambahan atau pengubahsuaian/ renovasi struktur pada rumah tersebut yang telah siap dibina dalam tempoh 6 tahun bermula dari tarikh surat akuan persetujuan.
- Sebarang kerja penambahbaikan rumah perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak Zakat MAINPP, atas alasan yang munasabah.
- Segala kecacatan atau kerosakan berkaitan rumah yang telah diserahkan akan diambil tanggungjawab oleh Zakat MAINPP untuk dibaikpulih dalam tempoh 6 bulan dari tarikh penyerahan kunci rumah. Selepas tempoh ini, penerima bantuan adalah tanggungjawab ke atas segala kerosakan yang berlaku.
- Sekiranya didapati pihak Penerima bantuan memberi maklumat palsu semasa permohonan dibuat, Pihak Zakat MAINPP berhak menyemak semula lain-lain bantuan zakat yang disalurkan.
- Sekiranya penerima bantuan didapati gagal mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan di atas, Zakat MAINPP pada bila-bila masa berhak untuk:
a) Menarik balik/ membatalkan kelulusan permohonan Penerima bantuan untuk skim bantuan Zakat MAINPP; dan/atau
b) Mengarahkan Penerima bantuan untuk mengembalikan bentuk/ struktur rumah yang diubah, ditambah atau diubahsuai/ renovasi struktur mengikut pelan asal rumah tersebut dengan kos sendiri; dan/ atau
c) Membayar balik keseluruhan kos binaan rumah tersebut yang berjumlah (Ringgit Malaysia: Lapan Puluh Ribu Sahaja.
CARA PERMOHONAN
- Permohonan hendaklah melalui borang permohonan bantuan yang dikeluarkan oleh Zakat MAINPP.
- Permohonan hendaklah diisi oleh ketua keluarga @ waris / penjaga.
- Semua maklumat dalam borang bantuan wajib diisi.
- Pemohon wajib mendapatkan pengesahan anak kariah daripada Pengerusi Kariah / Timbalan Pengerusi Kariah / Pegawai Tadbir Agama bagi Masjid Daerah.
- Dokumen Utama (wajib disertakan):
a) Salinan kad pengenalan pemohon
b) Salinan slip gaji/ pengesahan pendapatan/ penyata pencen.
c) Salinan sijil cerai hidup/mati (jika ibu tunggal/tinggal) - Dokumen sokongan:
a) Salinan dokumen hak milik tanah (geran tanah / daftar sementara / borang 14A / surat kelulusan pejabat tanah).
b) Surat kebenaran bersumpah tuan tanah.
c) Salinan kad pengenalan tuan tanah.
d) Bagi pemohon yang bekerja, penyata terkini KWSP perlulah disertakan.
e) Pemohon yang bekerja sendiri perlu mengisi borang pengesahan pendapatan pendapat yang disahkan oleh Pengerusi Kariah. - Siasatan akan dilakukan ke kediaman semasa pemohon dan tapak rumah yang dicadangkan. Semua maklumat berkaitan kesihatan, pendapatan, keadaan keluarga, status milikan tanah, keluasan tapak cadangan dan keadaan rumah pemohon perlu dilaporkan oleh pegawai penyiasat berserta gambar untuk dipertimbangkan oleh pihak pengurusan.
- Borang yang telah siap diisi perlu dihantar ke kaunter dengan cara hadir sendiri atau wakil atau dipos ke kaunter perkhidmatan zakat yang terdekat.

