Skim Pakaian Seragam Sekolah
Bantuan kelengkapan persekolahan untuk anak-anak asnaf bagi membantu persediaan awal sesi sekolah melalui kemudahan baucar tanpa tunai Zakat MAINPP.
Maklumat Bantuan
Skim ini membantu menyediakan keperluan asas persekolahan kepada anak-anak asnaf pada permulaan sesi persekolahan melalui kaedah penebusan tanpa tunai.
Objektif Bantuan
Menyediakan kelengkapan sekolah seperti pakaian seragam, beg sekolah dan alat tulis kepada anak-anak asnaf bagi membantu persediaan mereka menghadapi sesi persekolahan.
Saluran Bantuan
Nilai bantuan dikreditkan ke dalam kad pengenalan waris untuk ditebus di kedai yang dilantik Zakat MAINPP.
Meliputi pakaian seragam persekolahan, beg sekolah dan peralatan menulis mengikut kemudahan yang disediakan.
Syarat-Syarat Permohonan
- Pemohon perlu memenuhi syarat umum bantuan zakat yang ditetapkan.
- Pemohon hendaklah bermastautin di Negeri Pulau Pinang.
- Pendapatan isi rumah hendaklah RM3,000.00 dan ke bawah.
- Mempunyai sekurang-kurangnya dua orang anak yang bersekolah, tidak termasuk prasekolah.
- Permohonan dibuat melalui pihak sekolah, KADUN, Penyelaras KADUN, ALP Zakat atau Ahli MAINPP.
- Setiap pelajar hanya layak menerima sekurang-kurangnya satu set kelengkapan persekolahan daripada Zakat MAINPP.
Senarai Premis / Pembekal Kelengkapan Sekolah
Senarai premis pembekal kelengkapan peralatan sekolah bagi program Baucar Tanpa Tunai Zakat MAINPP Tahun 2025 boleh dimuat turun melalui pautan rasmi di bawah.

