
OBJEKTIF SKIM
Memberi perkhidmatan rawatan dialisis secara PERCUMA kepada asnaf yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang peringkat akhir.
MAKLUMAT KOS SKIM
1. Zakat MAINPP memperuntukkan sehingga RM9 juta pada tahun 2025 bagi membiayai pengoperasian dan pengurusan semua lapan cawangan PHZ MAINPP di seluruh Negeri Pulau Pinang.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
1. Beragama Islam.
2. Warganegara Malaysia.
3. Bermastautin di Pulau Pinang sekurang-kurangnya 3 bulan
4. Pesakit disahkan mengalami kegagalan fungsi buah pinggang peringkat akhir yang diperakui oleh Pegawai Perubatan Berdaftar
5. Pesakit tidak mempunyai tajaan / pembiayaan rawatan dialisis dari mana – mana agensi.
6. Kemasukan ke PHZ MAINPP bergantung kepada kekosongan dan penilaian kesihatan oleh Pegawai Perubatan PHZ MAINPP.
CARA PERMOHONAN
1. Permohonan kemasukan ke PHZ MAINPP perlu melalui Borang Skim Agihan Zakat (Perubatan) yang dikeluarkan oeh Zakat MAINPP. Semua dokumen sokongan seperti di senarai semak perlu dikemukakan dan diperakui sah.
2. Maklumat permohonan dan kelayakan menerima agihan dari sumber zakat diselia oleh Bahagian Kebajikan Asnaf.
3. Penilaian kesihatan pesakit dibuat oleh Pegawai Perubatan PHZ MAINPP sebelum diterima masuk menerima rawatan.
4. Kelulusan kemasukan ke PHZ MAINPP oleh KPE/ pegawai yang diberi kuasa.