OBJEKTIF
Membantu golongan Asnaf Fakir dan Miskin menampung kos membaiki dan menambahbaik rumah yang rosak dan daif seterusnya menyediakan ruang kediaman yang lebih baik dan selamat.
SYARAT UMUM
- Memenuhi syarat-syarat umum bantuan zakat.
- Pendapatan isi rumah, tidak melebihi RM2,208.00.
- Pendapatan keluarga tidak mencukupi Had Al-Kifayah.
- Had umur 35 tahun dan ke atas kecuali OKU atau berpenyakit kritikal.
- Pemohon / ketua keluarga mestilah pemastautin dan menetap sekurang-kurangnya 5 tahun di negeri Pulau Pinang. Bagi kes-kes yang kurang dari 5 tahun, syarat-syarat berikut mestilah dipatuhi:
a) Ibu / bapa pemohon berasal dari Pulau Pinang
b) Pemohon lahir di Pulau Pinang
c) Rumah yang diduduki pemohon mestilah hak milik sendiri. - Pemohon tidak memiliki rumah lain.
SYARAT KHAS KELAYAKAN
-
- Permohonan mestilah tinggal di atas tanah sendiri atau mendapat kebenaraan bertulis (surat sumpah) daripada pemilik atau pemilik-pemilik tanah berkenaan yang diperakui oleh Pesuruhjaya Sumpah.
- Sekiranya tanah dimiliki banyak penama, pemohon mestilah mendapat persetujuan bersumpah pemegang kuasa tanah tersebut berdasarkan resit bil hasil tanah.
- Sekiranya pemilik tanah tidak dapat dikenalpasti pemohon mestilah mendapat sokongan daripada pihak pejabat daerah/kariah.
- Rumah yang hendak dibaiki mestilah dimiliki dan diduduki pemohon, bukan untuk disewa.
- Pemohon hendaklah mengemukakan geran atau bukti pemilikan tanah atau rumah tersebut.
- Bagi kes rumah terbengkalai:
i. Sekiranya rumah tersebut dibina oleh pemaju perumahan, permohonan tidak dapat dipertimbangkan.
ii. Pembinaan rumah separuh siap boleh dipertimbangkan sekiranya pemohon menghuni rumah tersebut.
iii. Pembinaan rumah yang separuh siap dan tidak diduduki boleh dipertimbangkan sekiranya keluasan rumah asal tidak melebihi mengikut saiz bina baru semasa atau tidak melebihi 800 kaki persegi. - Bagi rumah yang mengalami kerosakan tetapi mempunyai kekurangan dari segi bahagian keperluan asas sesebuah rumah iaitu tandas/bilik mandi, bilik tidur dan dapur boleh dipertimbangkan seperti syarat berikut;
i. Rumah tidak mempunyai tandas/bilik mandi, bilik tidur dan dapur yang selesa dan selamat.
ii. Bilangan maksima bilik yang dibenarkan selepas dibuat penambahan adalah 3 bilik termasuk bilik asal.
iii. Penambahbaikan yang dibenarkan adalah tertakluk kepada keluasan tanah yang dimiliki/diberi kebenaran kepada pemohon. - Pemohon hendaklah mengemukakan geran atau bukti pemilikan tanah atau rumah tersebut.
- Bagi kes rumah terbengkalai:
i. Sekiranya rumah tersebut dibina oleh pemaju perumahan, permohonan tidak dapat dipertimbangkan.
ii. Pembinaan rumah separuh siap boleh dipertimbangkan sekiranya pemohon menghuni rumah tersebut.
iii. Pembinaan rumah yang separuh siap dan tidak diduduki boleh dipertimbangkan sekiranya keluasan rumah asal tidak melebihi mengikut saiz bina baru semasa atau tidak melebihi 800 kaki persegi. - Bagi rumah yang mengalami kerosakan tetapi mempunyai kekurangan dari segi bahagian keperluan asas sesebuah rumah iaitu tandas/bilik mandi, bilik tidur dan dapur boleh dipertimbangkan seperti syarat berikut;
i. Rumah tidak mempunyai tandas/bilik mandi, bilik tidur dan dapur yang selesa dan selamat.
ii. Bilangan maksima bilik yang dibenarkan selepas dibuat penambahan adalah 3 bilik termasuk bilik asal.
iii. Penambahbaikan yang dibenarkan adalah tertakluk kepada keluasan tanah yang dimiliki/diberi kebenaran kepada pemohon. - Bagi kes rumah pangsa permohonan tidak akan dipertimbangkan.
- Bagi kes rumah yang dibina oleh pemaju atau rumah taman yang berusia lebih 30 tahun boleh dipertimbangkan dengan syarat;
i. Kerosakan yang melibatkan rumah pemohon sahaja tanpa melibatkan struktur jiran yang lain. - Pemohon yang mempunyai kenderaan yang selesa atau masih membayar ansuran kenderaan melebihi RM500.00 sebulan tidak layak dipertimbangkan bantuan ini.
- Sekiranya anak tinggal bersama yang mempunyai ansuran kereta melebihi RM500.00 sebulan tidak layak dipertimbangkan.
- Zakat MAINPP berhak menolak permohonan daripada pemohon yang mempunyai imej negatif di kalangan jiran-jiran dan penduduk setempat.
- Zakat MAINPP berhak menolak permohonan baikpulih jika kerosakan rumah disebabkan oleh bencana alam atau kebakaran yang berlaku kurang dari tempoh 1 tahun dari tarikh permohonan.
CARA PERMOHONAN
- Permohonan mestilah menggunakan borang bantuan Zakat MAINPP.
- Permohonan mestilah dikemukakan bersama dokumendokumen sokongan berikut:2.1 Salinan dokumen hak milik tanah (geran mukim/ daftar sementara / borang 14A / surat kelulusan pejabat tanah) atau salinan dokumen carian persendirian terkini.
- Surat kebenaran bersumpah tuan tanah atau sekiranya tanah dimiliki banyak penama, pemohon mestilah mendapat persetujuan bersumpah pemegang kuasa tanah tersebut berdasarkan resit bil hasil tanah.
3.1 Salinan kad pengenalan tuan tanah / Pembayar hasil tanah.
3.2 Salinan bil hasil tanah. - Permohonan mestilah mendapat sokongan dan perakuan daripada Jawatankuasa Kariah tempat tinggal pemohon.

