DARUL HANAN MAINPP (PUSAT JAGAAN WARGA EMAS)
Pusat Jagaan Warga Emas Darul Hanan MAINPP adalah penempatan dan pusat penjagaan warga emas Islam. Kompleks ini menampung jumlah maksima warga emas seramai 150 orang. Mula beroperasi pada 1 Februari 2010.
SYARAT KEMASUKAN
- Warga emas Islam berumur 57 dan ke atas.
- Terdiri daripada warga emas yang tiada waris atau;
- Waris yang tidak berkemampuan dari segi kewangan (miskin).
- Warga emas yang berkeupayaan mengurus diri atau uzur.
- Tiada penempatan atau perlindungan.
- Warga emas yang tersisih dari ahli keluarga.
- Kes yang dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat, Zakat MAINPP, masjid dan surau serta masyarakat Pulau Pinang.
- Kes yang dirujuk kepada pihak hospital di Negeri Pulau Pinang melalui Jabatan Kerja Sosial Perubatan.
- Keutamaan diberi kepada penduduk negeri Pulau Pinang.
ALAMAT:
Lot 2695 Mukim 6 Pongsu Seribu 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang.

