PERKHIDMATAN KAUNTER ZAKAT BERGERAK (VAN BERGERAK)
Perkhidmatan kaunter zakat bergerak ialah satu bentuk perkhidmatan kaunter tambahan yang disediakan oleh Zakat MAINPP bagi tujuan memudahkan urusan zakat seperti taksiran zakat, pembayaran zakat, permohonan bantuan dan sebarang pertanyaan yang berkaitan bagi kawasan-kawasan yang mungkin jauh daripada kaunter tetap cawangan Zakat MAINPP.
Perkhidmatan kaunter zakat bergerak selalunya diadakan bersama-sama program anjuran sektor kerajaan, swasta, NGO dan masjid-masjid sekitar Pulau Pinang.
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
1. Membantu taksiran pelbagai jenis zakat.
2. Menerima bayaran pelbagai jenis zakat.
3. Kaunter pertanyaan dan borang bantuan zakat.
4. Semakan status permohonan zakat
5. Menerima pelbagai bayaran lain selain zakat (sedekah, luqatah, saham wakaf dan lain-lain).
Sebarang pertanyaan, hubungi;
04-549 8088 (Bahagian Pengurusan Kaunter, Zakat MAINPP)

