SKIM DERMASISWA PENGAJIAN ZAKAT MAINPP
Memberi bantuan kewangan kepada mahasiswa dan mahasiswi yang sedang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) serta diluluskan oleh Jawatankuasa Skim Bantuan Pendidikan MAINPP.
Memberi bantuan kewangan kepada mahasiswa dan mahasiswi yang sedang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) serta diluluskan oleh Jawatankuasa Skim Bantuan Pendidikan MAINPP. Bantuan ini terbuka kepada pelajar yang berkelayakan sama ada di dalam mahupun luar negara, meliputi peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD). Permohonan adalah terbuka kepada semua bidang pengajian yang memberi manfaat kepada agama dan masyarakat.
- Warganegara Malaysia, beragama islam dan bermastautin tetap di Pulau Pinang sekurang-kurangnya 1 (satu) tahun semasa memohon.
- Tidak menerima bantuan/tajaan, pembiayaan, biasiswa atau pinjaman boleh ubah dari mana-mana pihak seperti MARA, JPA dan lain-lain kecuali Perbadanan Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) dan Bantuan Kewangan Pendidikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang SAHAJA.
- Keputusan peperiksaan tahun semasa kumulatif 2.75 dan ke atas kecuali bagi pelajar luar negara.
- Keputusan peperiksaan dan surat pengesahan pengajian pelajar Timur Tengah mestilah disahkan oleh Pegawai Atase Pendidikan Pulau Pinang.
- Permohonan hanya diLULUSkan sekali dalam tempoh satu (1) tahun.
- Permohonan adalah atas NAMA PELAJAR.
- Pemohon mestilah memenuhi syarat-syarat umum bantuan Zakat MAINPP.
- Pemohon hendaklah mengikuti pengajian SEPENUH MASA di peringkat :
- Diploma, atau
- Ijazah Sarjana Muda dalam semua bidang pengajian, atau mendapat kelulusan khas daripada Jawatankuasa Skim Bantuan Pendidikan, MAINPP.
- Pengajian di dalam Malaysia meliputi peringkat Diploma hingga Ijazah Doktor Falsafah (PhD), manakala pengajian di luar negara adalah bermula dari peringkat Ijazah Sarjana Muda hingga Ijazah Doktor Falsafah (PhD).
- Pemohon yang bekerja dan mempunyai pendapatan adalah tidak layak memohon, kecuali bagi pengajian di peringkat:
- Ijazah Sarjana (Master), dan
- Ijazah Doktor Falsafah (PhD).
- Pemohon mestilah tidak menerima atau memohon bantuan zakat daripada negeri lain.
- Pemohon yang telah tamat pengajian semasa tempoh tawaran dibuka adalah tidak layak memohon, kecuali bagi Pengajian Islam di Mesir, Jordan dan Maghrib.
- Pemohon mestilah belajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh:
- Agensi Kelayakan Malaysia (MQA),
- MAINPP.
Program berikut TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN:
- Kolej Kemahiran MARA, IKM, SLC, Kolej Komuniti atau seumpamanya
- Pra Diploma
- Diploma Lanjutan
- Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI)
- Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP)
- Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
- Pelajar dalam negara hendaklah memperoleh PNGK/CGPA/PHNM/PMK/CPA sekurang-kurangnya 2.75 ke atas untuk TAHUN SEMASA Sahaja.
- Pelajar luar negara hendaklah lulus pengajian, kecuali pelajar Pengajian Islam di Indonesia yang tertakluk kepada syarat PNGK minimum yang setara dengan pelajar dalam negara.
- Permohonan bagi pengajian Ijazah Sarjana dan PhD hendaklah disertakan dengan salah satu daripada dokumen berikut:
- Laporan Kemajuan Pembelajaran; atau
- Keputusan akademik semasa yang menunjukkan PNGK minimum 2.75.
- Semua keputusan peperiksaan dan laporan kemajuan pembelajaran mestilah disahkan oleh pentadbir akademik IPT masing-masing.
- Permohonan hendaklah dikemukakan secara dalam talian, dan semua dokumen wajib dimuat naik dalam bentuk berwarna, jelas serta mudah dibaca.
- Pemohon yang mempunyai rekod permohonan sedia ada hendaklah mengemaskini dokumen berikut (TAHUN SEMASA):
- Surat Pengesahan Pengajian (diperoleh daripada IPT)
- Surat Pengesahan Bermastautin Pelajar (dicetak dari portal)
- Slip pendapatan ibu bapa tahun semasa, atau Surat Pengesahan Pendapatan (dicetak dari portal bagi yang tiada slip pendapatan)
- Keputusan peperiksaan tahun semasa yang disahkan oleh IPT
- Salinan pengesahan akaun bank aktif atas nama pelajar
(Akaun wakil hanya dipertimbangkan dengan alasan munasabah)
- Ibu bapa pemohon yang bekerja dan layak membayar zakat mestilah menunaikan zakat pendapatan atau harta di Zakat MAINPP.
- Pemohon yang menetap di luar Pulau Pinang adalah tidak layak, kecuali ibu bapa membayar zakat harta di Pulau Pinang melebihi RM1,200.00 setahun.
- Keputusan peperiksaan dan surat pengesahan pengajian pelajar Timur Tengah mestilah disahkan oleh Pegawai Atase Pendidikan Pulau Pinang.
- (Pelajar Mesir: Tiada tunggakan yuran Wisma Seri Mutiara / Wisma Seri Pinang)
- Kelulusan Skim Dermasiswa Pengajian adalah muktamad, tertakluk kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Skim Bantuan Pendidikan MAINPP serta prestasi kewangan semasa.
- Pemohon hanya layak memohon Dermasiswa sepanjang tempoh pengajian tertakluk kepada had berikut, dengan syarat pemohon masih berstatus pelajar aktif:
- Diploma: Maksimum 3 kali permohonan
- Ijazah Sarjana Muda: Maksimum 4 kali permohonan
- Ijazah Sarjana (Master): Maksimum 2 kali permohonan
- Ijazah Doktor Falsafah (PhD): Maksimum 3 kali permohonan
- Ijazah Perubatan di Luar Negara: Maksimum 6 kali permohonan
- Permohonan hendaklah dibuat melalui portal pengguna di : pendidikan.mainpp.gov.my.
- Permohonan mestilah dibuat atas nama pelajar.
- Permohonan hanya akan dipertimbangkan sekali sahaja dalam setahun.
- Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan diproses.
Pemohon hendaklah sentiasa PEKA terhadap status permohonan di dalam portal. Sekiranya terdapat keperluan untuk membuat pengubahsuaian maklumat atau dokumen, pemohon perlu melengkapkan permohonan dengan segera dan TIDAK MELEBIHI 30 NOVEMBER pada tahun semasa permohonan.
Selepas tarikh tersebut, permohonan yang masih tidak lengkap akan DITOLAK secara automatik. SEBARANG RAYUAN TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN SELEPAS TARIKH TUTUP PERMOHONAN. HARAP MAKLUM.
Sebarang keputusan atau perubahan adalah berdasarkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Skim Bantuan Pendidikan MAINPP / Mesyuarat Bahagian Akademik Dan Pendidikan MAINPP.

