Skim Permulaan IPT
Skim Permulaan IPT Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang disediakan bagi membantu meringankan beban kewangan pelajar dalam menampung perbelanjaan awal kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar negara.
Makluman Permohonan
Permohonan Skim Permulaan IPT adalah bagi kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta sama ada di dalam mahupun luar negara. Permohonan hendaklah dibuat melalui portal rasmi pendidikan MAINPP.
Cara Permohonan Dalam Talian
Pemohon perlu melengkapkan permohonan secara digital melalui portal rasmi pendidikan MAINPP.
Daftar Akaun
Daftar dan lengkapkan maklumat peribadi pemohon.
Muat Naik Dokumen
Muat naik dokumen lampiran yang diperlukan.
Hantar Permohonan
Hantar permohonan secara digital melalui portal.
Semak Status
Semak status permohonan melalui portal yang sama.
Kadar Bantuan Mengikut Peringkat Pengajian
Kadar bantuan adalah mengikut peringkat pengajian seperti berikut:
RM800.00
RM900.00
RM1,000.00
RM1,200.00
RM2,500.00
Syarat Utama
- Beragama Islam dan warganegara Malaysia.
- Bermastautin tetap di Pulau Pinang sekurang-kurangnya selama 12 bulan.
- Tidak menerima bantuan zakat daripada mana-mana negeri lain.
- Permohonan hanya dipertimbangkan bagi pengajian kali pertama untuk setiap peringkat pengajian.
- Permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh pendaftaran.
- Permohonan mestilah bagi pengajian sepenuh masa sahaja.
- Tempoh pengajian mestilah sekurang-kurangnya satu (1) tahun.
Mohon Melalui Portal Rasmi
Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi pendidikan MAINPP.

