Visi, Misi, Nilai Teras & Moto
VISI
Mengungguli usaha mewujudkan keseimbangan sosio-ekonomi ummah melalui sistem pengurusan zakat yang profesional dan berteknologi.
MISI
- Kami menyediakan perkhidmatan berkualiti bagi memudahkan urusan pembayaran dan pengagihan zakat secara efisien, telus dan efektif.
- Kami komited untuk sentiasa memastikan agar amanah muzakki dijaga dan hak asnaf dibela melalui pendekatan maqasid syariah.
- Kami beriltizam untuk memperkasa asnaf menerusi skim bantuan zakat yang bukan sahaja mampu memberikan kemudahan kehidupan malah mengubah mereka menjadi pembayar zakat masa hadapan.
- Kami berazam mengangkat martabat profesion amil selaras dengan petunjuk Al-Qur’an dan Hadith.
Nilai Teras
GIGIH
G
Gigih
Kami melaksanakan tanggungjawab dengan penuh disiplin dan kesungguhan serta memberikan hasil yang terbaik dengan perkhidmatan berkualiti.
I
Integriti
Kami komited untuk sentiasa bersikap profesional, adil, menjaga amanah dan beretika tinggi dalam setiap urusan.
G
Gerakerja Berpasukan
Kami bertindak sebagai sebuah pasukan mantap yang saling sokong menyokong dan bantu membantu di antara satu sama lain.
I
Inovasi
Kami sentiasa berusaha untuk meneroka kaedah yang baharu melalui idea kreatif dan terkini.
H
Hormat Menghormati
Kami meraikan perbezaan pandangan dan kepelbagaian nuansa, berfikiran positif dan membudayakan akhlak terpuji.
Moto
Transformasi Asnaf

