Piagam Zakat MAINPP
Piagam Pelanggan Zakat MAINPP
Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan seperti berikut:
- Memberi layanan mesra kepada semua pihak yang berurusan di semua platform perkhidmatan zakat.
- Mengagihkan zakat secara adil dan telus selaras dengan ketetapan syarak.
- Memberi maklumat yang jelas dan lengkap berkaitan zakat.
- Menyediakan pelbagai saluran kemudahan pembayaran zakat.
- Memproses penerimaan pembayaran zakat di kaunter tidak melebihi 5 minit.
- Memastikan penyata bayaran zakat bulanan bagi Skim Sakinah disediakan dengan lengkap dan dimuat naik ke dalam portal ZakatPenang2u selewat-lewatnya pada atau sebelum 31 Mac setiap tahun.
- Memproses semua permohonan bantuan yang lengkap untuk mendapatkan keputusan dalam tempoh 30 hari.
- Memberikan maklum balas terhadap setiap aduan perkhidmatan dalam tempoh 3 hari bekerja.
Piagam Audit Dalaman Zakat MAINPP
Piagam Unit Audit Dalam Zakat MAINPP merupakan dokumen rasmi yang mentakrifkan tentang tujuan, kuasa dan tanggungjawab aktiviti audit dalaman. Piagam Unit Audit Dalam Zakat MAINPP mewujudkan kedudukan aktiviti audit dalaman dalam organisasi, membenarkan akses kepada rekod, kakitangan dan harta fizikal yang relevan untuk melaksanakan tugasan dan menentukan skop aktiviti audit dalaman.
Muat Turun
