Zakat MAINPPZakat MAINPP

No Widget Added

Please add some widget in Offcanvs Sidebar

Shopping cart

Subtotal $0.00

View cartCheckout

12 OGOS 2025 – PULAU PINANG GAMIT PEMBAYAR ZAKAT KORPORAT, PERKASA LATIHAN TVET ASNAF.

SEBERANG JAYA – Zakat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (Zakat MAINPP) memperuntukkan RM3 juta setahun bagi menaja latihan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kepada golongan asnaf fakir dan miskin.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohamad Abdul Hamid berkata, sejak 2019, seramai 120 pelatih telah mengikuti kursus kemahiran di institusi terpilih.

Menurutnya, antara agensi yang terlibat dalam kolaborasi dengan Zakat MAINPP ialah Penang Skills Development Centre (PSDC), Akademi Binaan Malaysia Cawangan Changlun, GRAB Malaysia, dan Kulim Advanced Technology.

“Ini antara usaha dan iltizam kerajaan negeri melalui MAINPP dalam mengiktiraf kepentingan projek agihan zakat berkaitan kemampanan sosioekonomi umat Islam, seiring dengan pelbagai ranah membangun Malaysia Madani.

“Kolaborasi rakan sinergi ini bertujuan memanfaatkan kekuatan, sumber, dan kepakaran kolektif untuk menghadapi cabaran dalam masyarakat, khususnya asnaf zakat, serta menyumbang kepada matlamat yang lebih luas dalam pemerkasaan sosial dan ekonomi di negeri Pulau Pinang,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Usahawan Wanita Ummi Therapy dan Pelatih TVET Tajaan Zakat MAINPP di sini, pada Selasa.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Zakat MAINPP, Muhammad Kairi Ghazali dan Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Mohd Sukki Othman.

Mohamad yang juga Yang Dipertua MAINPP berkata, setiap peserta perlu menjalani latihan selama enam bulan, selain diberikan jaminan peluang pekerjaan melalui Memorandum Persefahaman antara pusat latihan dan syarikat-syarikat industri.

Beliau berkata, melalui program ini, seramai 58 usahawan asnaf berjaya menjadi pembayar zakat, dan MAINPP menyasarkan lebih ramai akan keluar daripada kemiskinan pada masa akan datang.

Dalam masa sama, beliau berkata, Zakat MAINPP berharap kutipan zakat tahun ini dapat mencecah RM200 juta, sekali gus membolehkan peruntukan TVET ditingkatkan daripada RM3 juta kepada RM5 juta setahun.

 

 

Comments are closed