Zakat MAINPPZakat MAINPP

No Widget Added

Please add some widget in Offcanvs Sidebar

Shopping cart

Subtotal $0.00

View cartCheckout

13 OGOS 2025 – MAINPP GAMIT PEMBAYAR ZAKAT KORPORAT, PERKASA ASNAF MELALUI PROGRAM USAHAWAN TAJAAN PELATIH TVET.

Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) menerusi Zakat MAINPP terus mengorak langkah memperkasa golongan asnaf dengan menganjurkan Majlis Pelancaran Usahawan Wanita Ummi Therapy dan Pelepasan Pelatih TVET Tajaan Zakat MAINPP 2025 di The Light Hotel.

Majlis yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang merangkap Yang Dipertua MAINPP, YB Dato’ Dr. Mohamad Abdul Hamid itu menghimpunkan dua inisiatif berimpak tinggi melibatkan pembangunan ekonomi, keusahawanan, kemahiran TVET dan pendidikan profesional.

Bagi inisiatif pertama, seramai 40 terapis wanita asnaf berjaya memperoleh lesen perubatan tradisional melalui kerjasama Zakat MAINPP dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Jenama MyBeedan turut diperkasakan semula dengan penjenamaan baharu sebagai Ummi Therapy, yang kini bersedia dipasarkan secara lebih profesional dan meluas.

Sementara itu, inisiatif kedua menyaksikan pelepasan 60 pelatih TVET tajaan Zakat MAINPP untuk mengikuti latihan kemahiran tinggi melalui kerjasama strategik bersama Akademi Binaan Malaysia, Kulim Advanced Technologies, Penang Skills Development Centre (PSDC). Usaha ini membolehkan para belia asnaf menceburi industri tenaga kerja mahir serta bersaing di peringkat lebih tinggi.

YB. Dato’ Dr. Mohamad menegaskan bahawa program seperti ini selaras dengan Agenda Pembangunan Agama Islam Pulau Pinang 2030 (APAI2030), bagi membangun sosioekonomi ummah di Pulau Pinang.

“Kecekapan kutipan dan agihan zakat akan memberi manfaat yang memperkasa ekonomi umat Islam dan membawa kesejahteraan kepada seluruh rakyat. Program sebegini bukti komitmen MAINPP dalam memastikan agihan zakat lebih lestari dan memberi impak besar kepada masyarakat,” katanya.

MAINPP menyeru seluruh pembayar zakat, khususnya pihak korporat dan individu, untuk terus berganding bahu bersama Zakat MAINPP. Marilah kita menunaikan zakat di MAINPP demi memperkasa lagi program-program agihan zakat berimpak tinggi, termasuk tajaan latihan TVET untuk asnaf di Pulau Pinang, agar mereka mampu keluar daripada kemiskinan dan menjadi penyumbang kembali kepada masyarakat.

 

 

 

 

Comments are closed