No Widget Added

Please add some widget in Offcanvs Sidebar

Shopping cart

Subtotal $0.00

View cartCheckout

19 OGOS 2025 – PROGRAM SINERGI AGIHAN ZAKAT LZS – ZAKAT MAINPP KUKUHKAN USAHA MENYANTUNI ASNAF

BUKIT MERTAJAM – Zakat MAINPP telah bersama dalam Program Sinergi Agihan Zakat, Lembaga Zakat Selangor (LZS) di negeri Pulau Pinang, sebagai usaha memperkukuh kerjasama antara institusi zakat dalam mempertingkat keberkesanan penyampaian bantuan kepada golongan asnaf.

Program yang dimulakan dengan taklimat terperinci berkaitan strategi dan mekanisme agihan zakat yang dilaksanakan di Pulau Pinang diteruskan dengan aktiviti turun padang bersama, meninjau keadaan sebenar asnaf di beberapa kawasan terpilih sekitar Bukit Mertajam. Lawatan ini membuka ruang untuk perkongsian pengalaman dan pemerhatian langsung terhadap kaedah siasatan dan pemantauan lapangan yang diamalkan oleh Zakat MAINPP dalam menyantuni asnaf.

Program ini bukan sahaja membuka ruang untuk perkongsian ilmu dan kepakaran, malah memperkukuhkan lagi jaringan kerjasama antara institusi zakat negeri ke arah tadbir urus yang lebih telus, profesional dan efisien.

Program sehari ini diakhiri dengan sesi refleksi dan rumusan hasil lawatan serta cadangan penambahbaikan yang boleh diterapkan dalam operasi agihan zakat di negeri masing-masing.

Comments are closed