- 12 March, 2026
- adminZakat
- 0
𝐌𝐔𝐒𝐈𝐁𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐊𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐀𝐋𝐎𝐑 𝐌𝐄𝐑𝐀𝐇, 𝐌𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐓𝐔𝐍𝐀𝐈 𝐊𝐄𝐂𝐄𝐌𝐀𝐒𝐀𝐍
Dua (2) buah rumah di Alor Merah, Butterworth mengalami kerosakan selepas kediaman mereka terlibat dalam satu kejadian kebakaran baru-baru ini. Musibah yang menimpa secara tiba-tiba itu telah memberi kesan besar kepada kehidupan mangsa apabila mereka kehilangan tempat berteduh serta barangan keperluan harian.
Prihatin dengan nasib yang menimpa, Team Peduli Asnaf, Zakat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (Zakat MAINPP) telah turun padang menziarahi keluarga terlibat bagi menyantuni mereka serta menyalurkan sumbangan tunai kecemasan bagi membantu meringankan beban perbelanjaan harian yang perlu ditanggung dalam tempoh ini.
Dalam masa yang sama, pihak Zakat MAINPP turut mempertimbangkan memperuntukkan bantuan susulan kepada mangsa yang terjejas sebagai usaha memastikan kebajikan mereka terus terbela sehingga keadaan kembali stabil.
Turut hadir menziarahi mangsa ialah Penghulu Daerah Seberang Perai Utara. Semoga sumbangan yang disalurkan ini dapat meringankan beban yang ditanggung serta menjadi sinar harapan buat mangsa dalam menghadapi ujian yang mendatang.

