Program Mutiara PDCA ini telah berlangsung pada 25 – 27 Julai 2025 (Jumaat – Ahad) lalu bertempat di Institut Latihan Islam Pulau Pinang (ILIPP), Pantai Acheh, Balik Pulau. Seramai 10 orang Jurulatih Utama (Guru Bahasa Arab) dan 120 orang murid dari 13 buah Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) Pulau Pinang terlibat dalam kem ini.
Kem seumpama ini merupakan program MPDCA di bawah kelolaan Unit Pendidikan & Dermasiswa MAINPP dengan kerjasama Zakat MAINPP dan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP).
Melalui program MPDCA, pelajar-pelajar di sekolah akan menerima manfaat dari pelbagai program termasuk kelas-kelas tambahan & bengkel menjawab soalan peperiksaan secara percuma. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Kami menyeru para penjawat awam serta kakitangan dari sektor swasta agar terus berzakat bersama Zakat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang




