Maqasid Shariah Dalam Konteks Negeri Pulau Pinang Perlu Difahami & Modul Latihan, Institut Latihan Islam Pulau Pinang (ILIPP) Dilancar
Semalam TKM1 hadir ke Seminar Maqasid Syariah (SEMASYAR) atas anjuran Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Pejabat TKM1 dengan kerjasama Al-Hady Centre (AHC) bagi menyempurnakan perasmian program ini yang membawa hampir 700 peserta dalam kalangan Pengerusi & Setiausaha Jawatankuasa Kariah Masjid dan Pentadbir Utama Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang, Pejabat Pendidikan Setiap Daerah dan Pentadbir Sekolah-Sekolah Kebangsaan di Pulau Pinang. TKM1 juga menyempurnakan pelancaran Modul Latihan, Institut Latihan Islam Pulau Pinang (ILIPP).
Pemahaman Maqasid Syariah dalam konteks penjagaan agama dan penjagaan harta di negeri Pulau Pinang amat penting berdasarkan Geopolitik Negeri ini.
Program ini dimulakan dengan ucaptama oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam) YB Senator Dr. Zulkifli Hasan yang berkaitan dengan Maqasid Shariah dalam Kerangka Kerajaan Madani.
Seterusnya Panel Bicara Maqasid Shariah Dalam Konteks Negeri Pulau Pinang oleh Pengarah Program Merdeka Center of Opinion Research, Tuan Ibrahim Suffian melalui data penyelidikan berkaitan struktur kependudukan kaum di Negeri Pulau Pinang.
Maqasid Shariah dalam Konteks Negeri Pulau Pinang diulas secara ilmiah dan realitinya oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil dan Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Sahibus Samahah Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Sukki Othman yang mana boleh diambil pengajaran khususnya umat Islam di negeri ini.
TKM1 menyempurnakan pelancaran Modul Institut Latihan Islam Pulau Pinang (ILIPP) yang telah kita mula membangunkan Modul ini selama hampir setahun sejak Jun 2024. Modul Latihan ini mengandungi empat bidang teras. Perasmian ILIPP dijadualkan pada 14 Ogos ini oleh TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang.




