Membantu meringankan bebanan pelajar-pelajar untuk menampung perbelanjaan awal kemasukkan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPTA/ IPTS) Dalam dan Luar Negara.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
Beragama Islam.
Warganegara Malaysia.
BERMASTAUTIN TETAP di Pulau Pinang sekurang-kurangnya 12 bulan.
Tidak menerima bantuan zakat dari negeri-negeri lain.
Permohonan mestilah melalui PELAJAR atau KETUA KELUARGA Sahaja.
Anak pemohon (pelajar) telah mendapat tawaran untuk belajar di peringkat TINGKATAN 6 BAWAH / MATRIKULASI / ASASI / SIJIL / DIPLOMA ATAU IJAZAH SARJANA MUDA pertama sahaja.
Permohonan hanya dipertimbangkan untuk pengajian KALI PERTAMA sahaja bagi setiap peringkat.
Permohonan hendaklah dalam tempoh enam bulan dari tarikh surat tawaran.
Permohonan mestilah untuk pengajian SEPENUH MASA sahaja.
Tempoh pengajian mestilah SETAHUN DAN KE ATAS.
CARA PERMOHONAN
Melalui portal secara atas talian di pautan zakatpenang2u.com.