Kalkulator Fidyah
ZAKAT MAINPP
Tahun Semasa: -Apa itu Fidyah Puasa?
Fidyah dikenakan kepada mereka yang tidak berpuasa pada bulan Ramadan dan tidak berupaya menggantikannya (contohnya kerana sakit berpanjangan atau warga emas), bagi setiap hari yang ditinggalkan.
Kalkulator ini mengira jumlah fidyah berdasarkan bilangan hari yang ditinggalkan, kadar fidyah semasa, dan gandaan tahun (tempoh dari tahun puasa ditinggalkan sehingga tahun semasa).
Butiran Puasa Ditinggalkan
Tahun semasa dikesan automatik mengikut tarikh hari ini dan tidak boleh disunting.
Jumlah Fidyah
RM 0.00
Gandaan Tahun × Kadar Fidyah × Bilangan Hari
Senarai Tahun Puasa Ditinggalkan
Gunakan kaedah ini jika anda meninggalkan puasa pada beberapa tahun yang berlainan. Tambah satu baris bagi setiap tahun.
Jumlah Besar Fidyah
RM 0.00
Gandaan Tahun × Kadar Fidyah × Bilangan Hari
Cara Pengiraan
Jumlah Fidyah = Gandaan Tahun × Kadar Fidyah × Bilangan Hari Ditinggalkan
Kadar Fidyah 1447H / 2026M (Pulau Pinang)
Berkuat kuasa 17 Jun 2026, berdasarkan keputusan Mesyuarat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang Bil. 5 Tahun 2026. Tiga pilihan kadar disediakan mengikut kadar Zakat Fitrah pilihan anda (Kadar Fidyah = ¼ Kadar Fitrah):
• Fitrah RM10.00 → Fidyah RM2.50/hari • Fitrah RM15.00 → Fidyah RM3.75/hari • Fitrah RM25.00 → Fidyah RM6.25/hari
Kadar fidyah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa mengikut keputusan Majlis Agama Islam Negeri yang berkenaan.
Bayar zakat secara dalam talian melalui portal zakatpenang2u.com.

