Majlis Apresiasi Jururawat Pusat Hemodialisis Zakat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (PHZ MAINPP) 2025 telah dianjurkan bertempat di Ixora Hotel bersempena Hari Jururawat Sedunia. Ianya bertujuan bagi menghargai dan mengiktiraf sumbangan jururawat PHZ MAINPP dalam perkhidmatan kesihatan khususnya kepada golongan asnaf.
Majlis yang meraikan seramai 39 orang jururawat dari 8 cawangan PHZ MAINPP ini telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, YB Dato’ Dr. Mohamad Abdul Hamid.
MAINPP, melalui PHZ, telah memperuntukkan sebanyak RM8 juta setahun untuk kos pengoperasian dan pentadbiran bagi menyantuni lebih 220 orang asnaf di seluruh Pulau Pinang. Usaha ini selaras dengan Teras Pembangunan Sosioekonomi dan Teras Pembangunan Keluarga Agenda Pembangunan Agama Islam Pulau Pinang (APAI2030).
Dalam ucapan perasmian, YB Dato’ Dr. Mohamad Abdul Hamid turut merakamkan penghargaan atas khidmat cemerlang jururawat PHZ MAINPP.
Beliau turut berharap agar mereka terus menyebarkan kefahaman mengenai fungsi dan kepentingan zakat kepada masyarakat di Pulau Pinang, agar kutipan zakat dapat dipertingkatkan demi membantu lebih ramai asnaf di masa hadapan.
Terima kasih warga kerja dan jururawat PHZ. ![]()





