Zakat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (Zakat MAINPP) menerima kunjungan hormat daripada Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang (JKSNPP) yang diketuai YAA Tuan Za’im Md Yudin, Ketua Hakim Syarie Negeri Pulau Pinang.
Delegasi JKSNPP telah disambut mesra oleh Ketua Pegawai Eksekutif Zakat MAINPP, Encik Mohamad Kairi Ghazalli, bersama barisan pengurusan kanan Zakat MAINPP.
Kunjungan ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan strategik antara dua institusi penting dalam pembangunan syariah dan kebajikan ummah di negeri ini.
Selain itu, kedua-dua pihak turut berbincang mengenai peluang-peluang kerjasama yang boleh dirangka, khususnya dalam aspek peningkatan kutipan dan agihan zakat, melalui pendekatan yang lebih strategik dan holistik.
Kunjungan ini diakhiri dengan pertukaran cenderahati sebagai simbol penghargaan dan komitmen terhadap kerjasama berterusan antara kedua-dua pihak.




