Zakat MAINPP telah mengadakan kunjungan ke The Blanket Hotel yang diketuai oleh En. Mohamad Kairi Ghazalli, Ketua Pegawai Eksekutif Zakat MAINPP.
Kunjungan ini bertujuan memperkenalkan Skim Wakalah Zakat MAINPP, memperkukuh hubungan baik serta meneroka ruang kerjasama dalam usaha menyantuni dan membangunkan golongan asnaf di negeri Pulau Pinang.
Rombongan disambut mesra oleh Pengarah By The Blanket, Tuan Khalid Nasar Habib dan Puan Ieja Salleh.
Melalui Skim Wakalah, syarikat korporat berpeluang mempertingkatkan jenama perniagaan mereka melalui program CSR agihan zakat secara terus kepada asnaf bersama Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP)
Zakat MAINPP sebelum itu turut berkunjung ke MyIPO bagi membincangkan kerjasama awal untuk menyokong kempen “Jom Jadi Rakan Muzakki Zakat MAINPP”, khusus kepada usahawan dan syarikat berdaftar di bawah MylPO agar menunaikan zakat perniagaan dan menyertai jaringan muzakki korporat di negeri ini.
Usaha ini selaras dengan hasrat kerajaan negeri dalam membangunkan umat Islam serta memperkasa pembangunan agama Islam negeri melalui agenda APAI2030.




