Zakat Pulau Pinang (MAINPP) kelmarin menerima kunjungan hormat daripada Pertubuhan Paliatif USM yang diketuai oleh Prof. Dr. Imran Abd Khalid, Pengerusi Pembangunan Fasiliti Paliatif USM.
Pertubuhan Paliatif USM menyampaikan perkhidmatan paliatif merangkumi rawatan fizikal, psikososial, dan rohani kepada pesakit serius seperti pesakit kanser peringkat lanjut dan penyakit kronik lain. Fokusnya adalah mengurangkan penderitaan dan meningkatkan kualiti hidup pesakit dan keluarga mereka.
Pertemuan ini membuka ruang perbincangan ke arah kerjasama strategik, khususnya dalam memperkukuh peranan zakat bagi menyantuni pesakit kronik dan asnaf yang memerlukan penjagaan paliatif jangka panjang.
Rombongan disambut mesra oleh Ketua Pegawai Eksekutif Zakat MAINPP, En. Mohamad Kairi Ghazalli, pengurusan kanan Zakat MAINPP, Pengurus Bahagian Perkhidmatan Kesihatan – PHZ, Pengurus Inapan Kasih Sayang dan Pengurus Darul Hanan.
Zakat MAINPP merakamkan penghargaan atas inisiatif kunjungan ini dan komited untuk meneroka sinergi baharu demi kebajikan ummah.

