BUKIT MERTAJAM, 11 September 2026 -Zakat perniagaan merupakan kewajipan yang perlu ditunaikan oleh setiap usahawan Muslim apabila telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Tuan Jamaludin bin Kamal, Pengarah Urusan Perniagaan Serbanika Jamal, telah menunaikan zakat perniagaan kepada Zakat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (Zakat MAINPP).
Pembayaran zakat tersebut telah diterima oleh Encik Zaiasmawi Nayan, Pengurus Besar Jabatan Agihan Zakat, Zakat MAINPP.
Perniagaan Serbanika Jamal ialah sebuah syarikat kontraktor dan pembekal berdaftar yang berpusat di Pongsu Seribu, Kepala Batas, Pulau Pinang.
Dalam setiap rezeki dan keuntungan yang diperoleh, terdapat hak golongan asnaf yang perlu disempurnakan melalui zakat. Pelaksanaannya mencerminkan ketaatan kepada perintah Allah SWT serta tanggungjawab dalam mengurus rezeki yang dikurniakan.
Zakat yang ditunaikan akan disalurkan kepada asnaf yang berhak melalui pelbagai bentuk bantuan dan program pembangunan bagi meningkatkan kesejahteraan serta kualiti kehidupan mereka.
Apabila cukup syaratnya, sempurnakan kewajipannya. Tunaikan zakat perniagaan.